Sekalung tahniah diucapkan kepada warga kerja SM Teknik Johor Bahru yang telah berusaha untuk merealisasikan Merdeka Walk sebagai sebuah realiti. Ruangan Merdeka Walk ini sedikit sebanyak mampu mendidik warga sekolah khususnya para pelajar tentang kepentingan memperingati hari Kemerdekaan Negara. Merdeka Walk ini juga mampu memberi rasa keinsafan dalam diri pelajar tentang betapa beruntungnya kita menjadi warga Malaysia sekaligus menghargai perjuangan pemimpin terdahulu yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan Negara. Ini secara tidak langsung mampu membentuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan menjadi batu asas untuk melahirkan generasi muda Malaysia yang berwawasan.

Merdeka Walk membuka nostalgia lama meniti perjuangan, demi maruah, demi harga diri satu bangsa merdeka. Sekaligus membangkitkan semangat cintakan tanah air.
Pn Thamarai A/P Thamodharan – Guru Sejarah
Program “The merdeka Walk” anjuran Maxis CyberlinQ merupakan satu program yang amat bermanfaat
bersempena sambutan 50 tahun kemerdekaan Negara. Pelaksanaan program ini memberikan input dan maklumat yang amat berguna kepada guru dan pelajar SMTJB bagi mengetahui rentetan peristiwa sejarah bermula dari detik kemerdekaan 31 Ogos 1957. Program ini juga amat berguna untuk Pengajaran & Pembelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5.
Pn Raja Azma Raja Mamat – Ketua Panitia Sejarah
Merdeka Walk sebagai pencetus keinsafan kepada warga SM Teknik Johor Bahru supaya menghargai jerit perih pejuang-pejuang negara dalam usaha mencapai kemerdekaan. Merdeka Walk memberi peluang untuk warga SM Teknik menghayati dan mensyukuri kemerdekaan yang dikecapi.
Pn Rosimah Busro – Guru Bahasa Melayu
Saya percaya usaha mewujudkan Merdeka Walk merupakan usaha yang tepat dan sangat relevan dengan tuntutan semasa. Laluan ini akan menjadi satu tarikan baru untuk dikunjungi oleh para pelajar bagi mendapatkan pelbagai informasi berkaitan sejarah kemerdekaan dan pembangunan negara. Syabas atas usaha murni ini.
Pn Siti Norzah Mat Daris – Guru Bahasa Melayu
Sebagai salah satu usaha memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai konsep kemerdekaan yang patut diketahui termasuk sejarah dan tokoh-tokohnya. Di samping meningkatkan pengetahuan dan penghayatan tentang ERTI KEMERDEKAN yang patut dikekalkan dan dihargai. Selain menanam dalam diri warga sekolah sebagai rakyat Malaysia menilai setiap sumbangan dan peranannya dalam kejayaan era 50 tahun kemerdekaan seiring dengan kemajuan bidang sains dan teknologi.
Pn Noridiamiyanti Samiron – Kaunselor / Bendahari Merdeka Walk
First and foremost, I would like to congratulate the team members of Tech Savvy for this praiseworthy effort. Kudos to all of you! Merdeka Walk, apparently, is carried out in conjunction with Malaysia's 50th Merdeka celebration. It is carried out in order to elevate the awareness of the efforts done by our founding fathers in achieving independence and maintaining sovereignty of our beloved Malaysia.
Ms. Nor Dianahany Ismail - English Teacher
Malaysia has prospered under the stewardship of her
Ms Tan Gaik Wah - English Teacher
1 comment:
Wow... everybody seems to be so devoted and nationalistic! Esp. the one in red! hihihi.....
Post a Comment